Posts

Showing posts from June, 2011

Kembali Menapak Jalanan Pulang

Setiap tiba waktu kita kembali menapak jalan pulang jalan yang telah kita tempah dengan kehendak dan jiwa kadang-kadang jalan yang kita tempah dengan nafsu tanpa sedar meletakkan diri dalam susur kepayahan melalui alur dan denai meletakkan diri pada haluan yang kehilangan kompas tujuan. Kepada anak-anak pastikan jalan pulang anda benar pada tuju tujuan hidup yang bersih dengan cahaya yang jernih pastikan pakaian yang anda pakai adalah pakaian yang putih membawa bekal jutaan zikir dan jutaan tasbih yang dinyanyikan berkumandang tiap helaan dan lepasan nafas. Kepada diri, aku berterima kasih kerana nafas masih bergelombang mulut masih mampu berkata...pada kata yang cukup awas dalam tapis kekadang tercelupar juga tanpa sedar takut menyakiti hati manusia takut menyakiti hati ummah, takut berdosa aku pada yang Maha Esa. Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang terang Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang benar Tuhan yang menguasai hari terakhir Barak Allah.

Sudah Lama Kutinggalkan

aku menyambung kembali setelah lama kutinggalkan aku merungkai kembali kata-kata aku merakamkan kembali jiwa aku mencatatkan kembali nafas puisi setelah antologi puisi KEMBARA MALAM siap tercetak Kepada; anak pelajar dan rakan anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan antologi ini dengan harga RM 5 dalamnya terkandung rasa rindu kepada Allah, Rasulullah, Ibu bapa dan suasana alam dalam pengalaman merantau dari Labuan ke Segamat dan kembali ke negeri asalku.