Kembali Menapak Jalanan Pulang

Setiap tiba waktu kita kembali menapak jalan pulang
jalan yang telah kita tempah dengan kehendak dan jiwa
kadang-kadang jalan yang kita tempah dengan nafsu tanpa sedar
meletakkan diri dalam susur kepayahan melalui alur dan denai
meletakkan diri pada haluan yang kehilangan kompas tujuan.

Kepada anak-anak pastikan jalan pulang anda benar pada tuju
tujuan hidup yang bersih dengan cahaya yang jernih
pastikan pakaian yang anda pakai adalah pakaian yang putih
membawa bekal jutaan zikir dan jutaan tasbih yang dinyanyikan
berkumandang tiap helaan dan lepasan nafas.

Kepada diri, aku berterima kasih kerana nafas masih bergelombang
mulut masih mampu berkata...pada kata yang cukup awas dalam tapis
kekadang tercelupar juga tanpa sedar takut menyakiti hati manusia
takut menyakiti hati ummah, takut berdosa aku pada yang Maha Esa.

Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang terang
Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang benar
Tuhan yang menguasai hari terakhir
Barak Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Pertemuan Denganmu Sahabat

Masa-masa Penantian