Posts

Showing posts from February, 2011

Masa-masa Penantian

aku tidak mahu lagi bermain dengan rasa. Biarlah rasa dan gundah itu pergi meninggalkan peristiwa yang mengores atau mecantikkan kehidupan kerana semua itu adalah pengajaran dan amaran.  Lalu kadang-kadang kembara ini menyebabkan kita sering menjadi penakul dalam penantian yang panjang  Waktu ini tepat 12.30 malam 2 Februari Detik-detik penantian lama terasa bagai siang menanti malam bagai malam tiada kesudahan. Jauh untuk sampai perspektif akhir yang muktamad dalam perlumbaan membuat aku rindu dalam syahdu. Detik-detik penantian menyelubungi tubuh bagai hujan di luar jendela waktu pagi menghalang kehadiran tugas jua bagai hujan jatuh ke batu menghakis tubuh yang kesejukan. Detik-detik penantian sunyi terasa pagi mendatang adalah petang mentari sinar memancar perit bagai malam bulan suram mengamit membawa aku ke laut tiada kesampaian Harian Eskpress Labuan

Menangguh Mimpi ( Puisi buat rakan dan anak-anak)

Kehadiran pagi menginjak bumi kutangguhkan mimpi dengan pamit selamat tinggal meniupkan angin menyendiri resah yang kembali salju pun tidak terasa kesegarannya salju hati sedang membuak memecahkan bongka rasa bungkalan hati memecahkan ketenangan batu akal yang berderai dek pukulan tumpah mengenai kalbu yang parah. Cerita semalam jangan lagi kita bicara pada sebuah keluarga yang harmoni dengan gurau tawa usik mesra ceritera semalam bukan lagi igauan manis dalam sebuah batil susu yang dikecap minum bersama dengan ucap semanis madu tualang yang diturunkan waktu petang. Setiap tengah hari menyemenda di sini kesendirian adalah pemencilan yang dipaksa tentang malam yang sudah berlalu sedang panas yang membakar menerbitkan bahang suria dalam redup sedang hujan sudah lama tiada turun membasahi bendang hati yang merekah tanahnya. Usahlah hati berbicara lagi tentang mimpi manis tawa dan riang anak-anak mulai lenyap aku semakin mencuba meninggalkan sutera keriangan pa

MEMASUKI LAMAN MUSLIMIN

Dalam rembas angin sejuk hujan renyai kesyukuran menerpa menghias siang memeluk tubuh yang membinggung terpaku pada kehebatan anak menghafaz ayat suci berdengungan menusuk ruang rongga telinga yang segar. Menjadi terkedu aku dalam nian siang memangku tangan yang akal merenung pada syiling madrasah bahawa aku sangat kerdil dengan baris ayat-ayat yang besar  berupaya dihafal anak-anak yang kerdil tubuh tapi besar jiwanya. Mungkinkah aku lagi kerdil dengan anak itu sedang Allah cukup besar untuk di wayangkan pada fikir akal kerana perabung langit tak mampu digapai tangan tak mampu dibaca dengan makna minda. Apakah aku akan dihina di hadapan Illahi kerana kerendahan ini tersirat dalam kandil hati yang nyalanya membiah pada malam iman yang samar. Ya...Rabbi Ampunilah Hambamu ini. 11.25 malam 01 februari 2011