Posts

Showing posts from January, 2011

Harapan kepada anak-anak

Kembara malam kuhentikan sebentar kerana coretan sajak ini adalah sajak yang kutujukan kepada anak-anak pelajarku kerana aku terpaksa berpindah ke sekolah lain. Bukan kerana tidak menyayangi anda tetapi itulah lumrah kehidupan namun yakinlah kenangan dan pengalaman tetap menjadi sebati dihati kita. Mekar pucuk hijau muda Kilatan seri disinari mentari Sejuk menatap hatinya yang bersih Merembaskan cerminan jiwa anak-anak Pada hati yang beku dan kematu Pada dadaku yang sebu Desak suasana angin pijar Menyentuh maruah. Harapan itu bermain pada ruas-ruas urat citamu Mengalirkan darah semangat pada jantungmu Yang kekeringan hembasan salju embun ilmu Pada kalbu yang kontang Pada akalmu yang gersang. Namun, anak Aku tidak mampu lagi membajai daunanmu Setiap kali kulangkahi tapak semaian Duri-duri dan semalu Mencucuk dan melelas Membakar cita dan harapanku. Pastinya penganti Akan lebih tahu membelai rambut ikalmu Kerana usianya lebih remaja Dan aku sudah tekad Membel

SEBUAH PEMBERIAN

SETELAH MENAMATKAN PENGAJIAN PERGURUAN AKU DIHANTAR KE SABAH. PENGALAMAN MENJADI PEMIMPIN PELAJAR DI MPSI DAN KURSUS KEPIMPINAN YANG AKU HADIRI MENYEBABKAN DIRIKU MENEBAL DENGAN SEMANGAT DAN KEKUATAN ROHANIAH DAN ALAMIAH UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK-ANAK BUMI DI BAWAH BAYU. SEMUA INI AKU TERIMA DENGAN REDHA ATAS PEMBERIAN ALLAH. SEBUAH PEMBERIAN Lautan yang diberikan padaku ombaknya bertebaran gelombangnya menjulang menjilat fajar mematikan langkah-langkah ketenangan pada laut yang bertebaran mega. Bumi yang diberikan padaku kemuncaknya merapi menyala tanahnya merekah datarannya penuh pepasir bagai sahara bahang berbisa. Langit yang diberikan padaku wajahnya mengamit potret gelap menutup sinar cahaya tirai malam gelisah. Bulan yang diberikan padaku suram duka dilayar bahtera. Cuma mentari yang tetap di tapaknya merangkul kekeringan merakam kepanasan mengabadikan kengerian di lembah yang tiap kali bicara ianya sebuah pemberian. Akhbar Harian Ekspres 19 febr

BICARA DENGAN TUHAN

PERJALANAN PANJANG INI AKAN SAYA MULAKAN PADA TAHUN1981 DI MANA SAYA TELAH LAZAT BERJINAK DENGAN DUNIA PENULISAN YANG SERING MENDEKLAMASI PUISI DAN MENGERAKKAN TEATER DALAM MENYAMPAIKAN PUISI.  PUISI INI ADALAH PUISI YANG TELAH SAYA CATATKAN DALAM MAJALAH CENDERAMATA MPSI DAN TELAH DITERBITKAN DALAM AKHBAR HARIAN EKSPRES 20 SETEMBER 1986 Bicara dengan Tuhan Tuhanku aku mencariMU sampai aku sendu bermiditasi. Tuhanku janjiku...amalanku...hidupku...kerjaku cuma untuk-MU cuma kerana-MU tiada lain selain dari-MU Tuhanku dalam perjalanan pandanganku patah terkulai dahan daunan layu terpedaya aku dengan angin menderu bertiup sayu aku terkulai kaku. Tuhanku...ku cari-MU di langit, di bumi, di mentari, di bintang di kamar diri ku temui-MU di pagi berseri sebagai kekasih-MU yang lama merindu Tuhanku peganglah tanganku erat-erat peluk usaplah kekasih-MU ini dengan janji setia...aku mengerti. Tuhanku cinta yang terbina kini bersemi satu dalam bicara syahdu d

KEMBARA MALAM

Kujenguk kamar dunia menggamit bintang bulan menghitung satu-satu mengejar sinar suram pada syiling-syiling langit mentafsir menilai keserasian pada atur edarnya. Siapa pengatur siapa pembina tiada suatu pun sengketa kuturuti dalam kabus malam khatulistiwa bila kamar hati membuak resah ingin bertemu mencari-Nya. Kudakap tahajuj dan hajati mendakaplah rona-rona malam yang gementar sedang mata jalang masih membeliak mengheret pemerhatian pada pohonan samar-samar jua ke muka laut riak-riak air berdesir mencekik fikiran memecah kebuntuan pada kejadian di balik kelam suram dalam kembara malam. Al-Islam Januari 1987 Labuan. puisi ini dirakamkan semasa aku bersendiri mencari kehebatan Tuhan dalam tahajuj dan kemuncak kembara ini adalah hasil perjalanan panjang merentasi Laut Cina, Selat Melaka, dan Laut Andaman.  Aku kembali ke daerah terpencil ini menghuni dan mengajari anak-anak felda mencari erti kehidupan.

PERMULAAN

Blog ini dihasilkan bagi menyematkan hasil karya saya. Semoga KEMBARA MALAM ini memberi manfaat buat semua. ~RANI EMBI