Posts

ENGKAULAH YANG MENJARING LAUT MEMBONGKAR TANAH

(Puisi ini akan dideklamasikan pada hari nelayan dan petani negeri Melaka      2013) Engkaulah yang menjaring laut Mengutip rezki dari hamparan biru takdir Illahi Bagi mengisi denyut nadi anak-anak dan isteri Nasimu dari titis keringat yang hangat Laukmu dari air mata yang  pedih Namun, hatimu tetap bersih putih Mengharap ketentuan Qadak Mengharap terlaksananya Qadar. Engkaulah yang membongkar tanah Menaburkan benih-benih harap pada dulang Ar-Rahman Ketentuan hidup pada siraman air langit biru Bila tiba waktu dan musim mengharapkan tuaian kuning menyerlah Hati anak dan isteri bakal berwarna mewah meriah Pastinya dapur beriak tawa dan senyum ibu pasti berbunga Dan ayah dapat menghirup kopi yang masih panas wapnya.   Sekiranya laut bergelora,musim  kemarau tiba Pastinya engkau hanya mampu menyuap anak-anak Dengan  bubur berlauk garam bersayur  gula Poket anak pasti bocor tanpa duit sekolah Yuran dan ...

Memasuki Rumah Ramadhan

Memasuki rumah ramadan pintunya telah terbuka dengan maghfirah tingkapnya telah terbuka dengan hidayah bumbungnya pelindung api negara. Memasuki rumah ramadan adalah suluk yang diam mentafakurkan akan kebesaran Illahi mencari kerendahan diri dalam daif lapar mencari kelemahan diri dalam daif minum yang pasti terpapar pada kanvas mashaf diri yang merentang hidup duniawi yang buta dicari hambaNya. Memasuki rumah ramadan dalam pandangan iman adalah ruang taraf-taraf pemilihan antara kebiasaan dan peningkatan adalah ruang tingkat-tingkat pencarian manusiawi di duniawi yang ingin akan keredaan dan mencapai kewalian untuk sampai ke makam mahmudah sebelum sampai bersama ramai di mahsyar ya...Rabb terimalah tafakkur ramadan ini dalam rumah ramadan-MU. Abi Salleh Rumah Huffaz SMTAQ

MAJLIS KHATAM HUFAZ AL-QURAN 2011

Image
                                                      20 pelajar hufaz bersama tuan guru Haji Abdul Rahman dan tuan guru Haji Muchtar           Para Jemputan bersama YB Yazid dan Pengetua Hj. Ismail           Tuan Guru Datuk Abdul Rahim menerima cenderamata daripada YB Yazid Muhd Amirul Fitri menerima cenderamata Muhd Amirul Fitri pelajar cemerlang akademik dan Hufaz 30 Juzuk     Muhammad Darwisy pengerusi badan Dakwah (BADAR) dan hufaz 30 Juzuk

DATANGILAH RUMAH ITU

Engkau langkahkan kakimu ke rumah Baitullah yang pasti engkau mencari keredaan Allah Rabbuljalil mencari ruang tafakkur dan ruang zikir memuji kebesaran mencari cinta suci mencari kerinduan Rasullah kasihnya terpahat yang tak pernah terbayang di ruang mata cuma merasa bertapa dekatnya kecintaan bagai laut yang salju dengan angin mendayu. Setelah engkau huni Masjid Nabawi dengan empat puluh waktu dengan air mata rindu yang tidak pernah padam apakah rindumu masih jauh atau semakin dekat hingga tak mampu tubuh menanggungi kasih yang bersemi atau semakin jauh dengan ketebalan kedegilan abu Lahab dan abu jahal nafsu amarah dan lawamah yang membungkam pada kalbu yang kelam. Seandainya telah engkau temui embun cinta maka bertasbihlah memuji-Nya dan lafaskan kalimah "Labaikallahu Malabbaik Labbaikala sarikalakalabaik Innalhamdah Wannikmata Lakwallahmuk Lasarikala" pasti kerinduan berabad pasti terubat pasti mimpi kasih terlerai dengan manik-manik kesayuan. Ka...

DIA YANG PERGI

setelah pemergian salam sambut pasti tiada lagi semilir meniup kenangan yang entah bila hadir pasti menggingatkan kembali saat-saat kehadiran senyum ramah dan tawa hanya wajah yang terbias pada cermin kehidupan. pastinya rakan yang pergi hanya meninggalkan pelabuhan hidup yang berpindah dari pelabuhan dunia ke pulau kekal abadi dan tasbih yang mampu bergerak ke dalam balang kaca barzah yang menjaganya adalah ketentuan Allah. kita yang tinggal akan meneruskan perjalanan pada layaran yang tak tahu sempurnanya atau terkoyakkah pada perjalanan musafir duniawi menuju lorong dan lohong dalam fikrahkah atau luar jendela yang tahu hanya Rabbulizzati. Amin! (Puisi ini saya titipkan setelah salah seorang rakan semasa bersekolah menemui Illahi) Selamat Bersemadi Rakanku Moga Allah mengampuni.

Pertemuan Denganmu Sahabat

Sajak ini saya rakamkan sempena pertemuan dengan sahabat yang berada di Tawau Sabah yang sudah 30 tahun saya tak temui. Buat Hadi dan Burhanuddin Salam kasih untukmu sahabat dulu kita pernah bersama berbicara dan ketawa dulu kita sama-sama menegakkan hujah untuk menang dalam berkata untuk menang dalam bercerita. Salam kasih dalam angin menghembas laut sulu yang damai dengan balamnya pulau aku mencari tapak dan wangian salam dan pertemuan sebentar itu memberikan makna tentang kasih yang terlupa bertaut dalam pencarian yang terbuka aku mendakap tubuh yang lewat 50an dalam usia yang semakin layu. Salam, kasih pertemuan ini moga terpanjang hingga hayat terkubur dengan doa talian saudara dipanjangkan dengan talian sutera Allah AMIN! Park Royal Tawau Sabah.

Kembali Menapak Jalanan Pulang

Setiap tiba waktu kita kembali menapak jalan pulang jalan yang telah kita tempah dengan kehendak dan jiwa kadang-kadang jalan yang kita tempah dengan nafsu tanpa sedar meletakkan diri dalam susur kepayahan melalui alur dan denai meletakkan diri pada haluan yang kehilangan kompas tujuan. Kepada anak-anak pastikan jalan pulang anda benar pada tuju tujuan hidup yang bersih dengan cahaya yang jernih pastikan pakaian yang anda pakai adalah pakaian yang putih membawa bekal jutaan zikir dan jutaan tasbih yang dinyanyikan berkumandang tiap helaan dan lepasan nafas. Kepada diri, aku berterima kasih kerana nafas masih bergelombang mulut masih mampu berkata...pada kata yang cukup awas dalam tapis kekadang tercelupar juga tanpa sedar takut menyakiti hati manusia takut menyakiti hati ummah, takut berdosa aku pada yang Maha Esa. Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang terang Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang benar Tuhan yang menguasai hari terakhir Barak Allah.