Masa-masa Penantian
aku tidak mahu lagi bermain dengan rasa. Biarlah rasa dan gundah itu pergi meninggalkan peristiwa yang mengores atau mecantikkan kehidupan kerana semua itu adalah pengajaran dan amaran. Lalu kadang-kadang kembara ini menyebabkan kita sering menjadi penakul dalam penantian yang panjang Waktu ini tepat 12.30 malam 2 Februari Detik-detik penantian lama terasa bagai siang menanti malam bagai malam tiada kesudahan. Jauh untuk sampai perspektif akhir yang muktamad dalam perlumbaan membuat aku rindu dalam syahdu. Detik-detik penantian menyelubungi tubuh bagai hujan di luar jendela waktu pagi menghalang kehadiran tugas jua bagai hujan jatuh ke batu menghakis tubuh yang kesejukan. Detik-detik penantian sunyi terasa pagi mendatang adalah petang mentari sinar memancar perit bagai malam bulan suram mengamit membawa aku ke laut tiada kesampaian Harian Eskpress Labuan