MEMASUKI LAMAN MUSLIMIN

Dalam rembas angin sejuk
hujan renyai kesyukuran menerpa
menghias siang memeluk tubuh
yang membinggung terpaku
pada kehebatan anak
menghafaz ayat suci berdengungan
menusuk ruang rongga telinga yang segar.

Menjadi terkedu aku dalam nian siang
memangku tangan yang akal merenung
pada syiling madrasah bahawa aku sangat kerdil
dengan baris ayat-ayat yang besar 
berupaya dihafal anak-anak yang kerdil tubuh
tapi besar jiwanya.

Mungkinkah aku lagi kerdil
dengan anak itu sedang Allah cukup besar
untuk di wayangkan pada fikir akal
kerana perabung langit tak mampu digapai tangan
tak mampu dibaca dengan makna minda.

Apakah aku akan dihina di hadapan Illahi
kerana kerendahan ini
tersirat dalam kandil hati
yang nyalanya membiah
pada malam iman yang samar.

Ya...Rabbi Ampunilah
Hambamu ini.

11.25 malam
01 februari 2011

Comments

Popular posts from this blog

Kembali Menapak Jalanan Pulang

Pertemuan Denganmu Sahabat

Masa-masa Penantian