Masa-masa Penantian

aku tidak mahu lagi bermain dengan rasa. Biarlah rasa dan gundah itu pergi meninggalkan peristiwa yang mengores atau mecantikkan kehidupan kerana semua itu adalah pengajaran dan amaran.  Lalu kadang-kadang kembara ini menyebabkan kita sering menjadi penakul dalam penantian yang panjang  Waktu ini tepat 12.30 malam 2 Februari

Detik-detik penantian
lama terasa
bagai siang menanti malam
bagai malam tiada kesudahan.

Jauh untuk sampai
perspektif akhir yang muktamad
dalam perlumbaan
membuat aku rindu
dalam syahdu.

Detik-detik penantian
menyelubungi tubuh
bagai hujan di luar jendela waktu pagi
menghalang kehadiran tugas
jua bagai hujan jatuh ke batu
menghakis tubuh
yang kesejukan.

Detik-detik penantian
sunyi terasa
pagi mendatang adalah petang
mentari sinar memancar perit
bagai malam bulan suram mengamit
membawa aku ke laut tiada kesampaian

Harian Eskpress
Labuan

Comments

Popular posts from this blog

Kembali Menapak Jalanan Pulang

Pertemuan Denganmu Sahabat