Menangguh Mimpi ( Puisi buat rakan dan anak-anak)
Kehadiran pagi menginjak bumi
kutangguhkan mimpi dengan pamit selamat tinggal
meniupkan angin menyendiri resah yang kembali
salju pun tidak terasa kesegarannya
salju hati sedang membuak memecahkan bongka rasa
bungkalan hati memecahkan ketenangan
batu akal yang berderai dek pukulan
tumpah mengenai kalbu yang parah.
Cerita semalam jangan lagi kita bicara
pada sebuah keluarga yang harmoni
dengan gurau tawa usik mesra
ceritera semalam bukan lagi igauan manis
dalam sebuah batil susu yang dikecap minum bersama
dengan ucap semanis madu tualang
yang diturunkan waktu petang.
Setiap tengah hari menyemenda di sini
kesendirian adalah pemencilan yang dipaksa
tentang malam yang sudah berlalu
sedang panas yang membakar
menerbitkan bahang suria dalam redup
sedang hujan sudah lama tiada turun
membasahi bendang hati
yang merekah tanahnya.
Usahlah hati berbicara lagi tentang mimpi manis
tawa dan riang anak-anak mulai lenyap
aku semakin mencuba meninggalkan
sutera keriangan pada padang hijau
aku semakin cuba menghindari
cindai coretan pada kanvas kasih
yang bakal kusangkutkan pada perabung harapan
yang bakal kusidaikan pada ampaian menara cita anak.
Malam ini datang lagi cerita membungkam rasa
mengetuk dan menebuk dinding pejal rasa
menggegarkan ilusi fikir dan harmoni rasa
membuakkan buih ombak pada perjalanan rasa
melahirkan pemenungan yang mengakhiri takkulan
bahawa suara tiada lagi melahirkan makna
budi bukan lagi maknawi yang tersangkut di kalbu wali
dalam kesendirian tahajud dan pemenungan istiharah
satu sinar mengheretkan tali membawa aku pergi
meninggalkan sejadah wangi di kaki makrifat
bahawa hujan bukan lagi turun dihalaman ini
angin tidak lagi meniup jendela hati
lalu kurafakan dupa jejemari
meninggalkan teratak cantik ini
(Hari terakhir di Halaman Cantik Tun Perak)

Comments
Post a Comment