Harapan kepada anak-anak

Kembara malam kuhentikan sebentar kerana coretan sajak ini adalah sajak yang kutujukan kepada anak-anak pelajarku kerana aku terpaksa berpindah ke sekolah lain. Bukan kerana tidak menyayangi anda tetapi itulah lumrah kehidupan namun yakinlah kenangan dan pengalaman tetap menjadi sebati dihati kita.


Mekar pucuk hijau muda
Kilatan seri disinari mentari
Sejuk menatap hatinya yang bersih
Merembaskan cerminan jiwa anak-anak
Pada hati yang beku dan kematu
Pada dadaku yang sebu
Desak suasana angin pijar
Menyentuh maruah.

Harapan itu bermain pada ruas-ruas urat citamu
Mengalirkan darah semangat pada jantungmu
Yang kekeringan hembasan salju embun ilmu
Pada kalbu yang kontang
Pada akalmu yang gersang.

Namun, anak
Aku tidak mampu lagi membajai daunanmu
Setiap kali kulangkahi tapak semaian
Duri-duri dan semalu
Mencucuk dan melelas
Membakar cita dan harapanku.

Pastinya penganti
Akan lebih tahu membelai rambut ikalmu
Kerana usianya lebih remaja
Dan aku sudah tekad
Membelai rindu pada kesedaran nafas zikir
Di penghujung musim.

A.Rani Embi
Tun Perak
21 Januari 2011

Comments

Popular posts from this blog

Kembali Menapak Jalanan Pulang

Pertemuan Denganmu Sahabat

Masa-masa Penantian