Harapan kepada anak-anak
Kembara malam kuhentikan sebentar kerana coretan sajak ini adalah sajak yang kutujukan kepada anak-anak pelajarku kerana aku terpaksa berpindah ke sekolah lain. Bukan kerana tidak menyayangi anda tetapi itulah lumrah kehidupan namun yakinlah kenangan dan pengalaman tetap menjadi sebati dihati kita. Mekar pucuk hijau muda Kilatan seri disinari mentari Sejuk menatap hatinya yang bersih Merembaskan cerminan jiwa anak-anak Pada hati yang beku dan kematu Pada dadaku yang sebu Desak suasana angin pijar Menyentuh maruah. Harapan itu bermain pada ruas-ruas urat citamu Mengalirkan darah semangat pada jantungmu Yang kekeringan hembasan salju embun ilmu Pada kalbu yang kontang Pada akalmu yang gersang. Namun, anak Aku tidak mampu lagi membajai daunanmu Setiap kali kulangkahi tapak semaian Duri-duri dan semalu Mencucuk dan melelas Membakar cita dan harapanku. Pastinya penganti Akan lebih tahu membelai rambut ikalmu Kerana usianya lebih remaja Dan aku sudah tekad Membel...