KEMBARA MALAM

Kujenguk kamar dunia
menggamit bintang bulan
menghitung satu-satu
mengejar sinar suram
pada syiling-syiling langit
mentafsir menilai keserasian
pada atur edarnya.

Siapa pengatur
siapa pembina
tiada suatu pun sengketa
kuturuti dalam kabus malam khatulistiwa
bila kamar hati membuak resah
ingin bertemu mencari-Nya.

Kudakap tahajuj dan hajati
mendakaplah rona-rona malam yang gementar
sedang mata jalang masih membeliak
mengheret pemerhatian pada pohonan samar-samar
jua ke muka laut riak-riak air berdesir
mencekik fikiran memecah kebuntuan
pada kejadian
di balik kelam suram
dalam kembara malam.

Al-Islam Januari 1987
Labuan.

puisi ini dirakamkan semasa aku bersendiri mencari kehebatan Tuhan dalam tahajuj dan kemuncak kembara ini adalah hasil perjalanan panjang merentasi Laut Cina, Selat Melaka, dan Laut Andaman.  Aku kembali ke daerah terpencil ini menghuni dan mengajari anak-anak felda mencari erti kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Kembali Menapak Jalanan Pulang

Pertemuan Denganmu Sahabat

Masa-masa Penantian