Setiap tiba waktu kita kembali menapak jalan pulang jalan yang telah kita tempah dengan kehendak dan jiwa kadang-kadang jalan yang kita tempah dengan nafsu tanpa sedar meletakkan diri dalam susur kepayahan melalui alur dan denai meletakkan diri pada haluan yang kehilangan kompas tujuan. Kepada anak-anak pastikan jalan pulang anda benar pada tuju tujuan hidup yang bersih dengan cahaya yang jernih pastikan pakaian yang anda pakai adalah pakaian yang putih membawa bekal jutaan zikir dan jutaan tasbih yang dinyanyikan berkumandang tiap helaan dan lepasan nafas. Kepada diri, aku berterima kasih kerana nafas masih bergelombang mulut masih mampu berkata...pada kata yang cukup awas dalam tapis kekadang tercelupar juga tanpa sedar takut menyakiti hati manusia takut menyakiti hati ummah, takut berdosa aku pada yang Maha Esa. Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang terang Tuhan tunjukkan aku jalan pulang yang benar Tuhan yang menguasai hari terakhir Barak Allah.
Comments
Post a Comment